suria

Guna Revolver Tembak Rumah Pemain Pahang

Rumah kapten pasukan bola sepak Pahang, Mohd Razman Roslan, kelihatan lengang selepas kejadian tembakan rambang sehingga memecahkan cermin belakang kenderaan MPV jenis Toyota Vellfire, di Lorong 35 Kubang Buaya, Kuantan.

KUANTAN: Polis percaya senjata api jenis Revolver digunakan suspek dalam kejadian tembakan rambang di rumah ketua pasukan bola sepak Pahang, Mohd Razman Roslan di Lorong Kubang Buaya 35 dekat sini lewat malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata berdasarkan siasatan awal polis pasti jenis senjata yang telah digunakan suspek terbabit.

"Bagaimanapun kejadian ini masih lagi dalam siasatan terperinci dan kami percaya akan dapat menyelesaikannya sedikit masa lagi," katanya.

Beliau berkata siasatan diteruskan dan masih terlalu awal untuk mengenal pasti motif kejadian.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam, rumah kapten pasukan Pahang berusia 31 tahun itu ditembak kira-kira lima das menyebabkan cermin belakang kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire miliknya pecah.

Tembak, Revolver, Pahang

Artikel Lain