suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Kemukakan Cadangan Pindaan Hudud Kepada PR

KUALA LUMPUR: PAS Kelantan mengemukakan cadangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Perkara itu disahkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memaklumkan tiga wakil PAS Kelantan telah mengemukakan pindaan enakmen itu.

"Ya (mereka berikan salinan pindaan hudud) dan kami bincangkan mengenai itu yang mana merupakan satu enakmen. Mesyuarat ini berjalan dengan baik," katanya dalam reaksi ringkas kepada pemberita.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat berkata beliau tidak mengetahui perkara itu.

"Saya baru balik dari umrah, saya kena dengar taklimat dahulu sebelum komen lanjut," katanya.

Persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan dijadualkan dari 16 hingga 19 Mac ini bagi pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

Sidang Khas DUN itu sepatutnya diadakan pada 29 Dis lepas namun ditangguhkan berikutan banjir besar melanda negeri itu.

Hudud, Kelantan

Artikel Lain