suria

Kebuntuan Perjanjian Air Mungkin Berakhir Di Mahkamah

Maximus Ongkili.

KUALA LUMPUR: Kebuntuan berhubung perjanjian air antara kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan akan berakhir di mahkamah sekiranya kedua-duanya tidak mencapai persetujuan yang menyebabkan kemelut tersebut terus berlarutan.

Buat masa ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili mahu meyakinkan negeri itu untuk melanjutkan tarikh akhir Perjanjian Induk walaupun ia tamat pada Isnin lalu.

"Ia boleh diaktifkan walaupun esok. Ia terpulang kepada mereka untuk melanjutkan tempoh masa,'' katanya kepada The Star dalam satu temuramah pada Rabu.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan para pegawainya yang terlibat dalam projek penstrukturan semula air pada Khamis bagi menjelaskan isu-isu berkaitan dengan kebuntuan itu. 

Beliau berharap para pegawai beliau akan menjelaskan mengenai perkara itu dengan pihak kerajaan negeri menjelang akhir minggu ini atau awal minggu depan.

"Terdapat salah faham dan kami percaya (Menteri Besar Selangor) Azmin Ali telah salah makluman mengenai isu pajakan tanah selama 45 tahun.

"Apabila semua isu ini telah diperjelaskan, kita sepatutnya boleh membuat kesimpulan kesemuanya dalam masa sebulan," kata Ongkili.


perjanjian air, Maximus Ongkili

Artikel Lain