suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Dipenjara Pecah Masuk Rumah Tengku Mahkota Pahang

KUALA LUMPUR: Melihat sebuah rumah mewah dan tidak berkunci, seorang lelaki memecah masuk dan mencuri alat penghawa dingin, lampu chandeliers, dan pam air tanpa menyedari bahawa rumah itu adalah milik Tengku Mahkota Pahang.

Mohd Faizan Mohamad, 34 didapati bersalah kerana memecah masuk rumah milik Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah antara pukul 6 pagi pada 24 Februari lalu di Lorong U-Thant.

Faizan didapati bersalah dan mengaku menjual kesemua barang yang dicuri.

Majistret Saifulakmar Said menjatuhkan hukuman pejara selama tujuh bulan bagi kesalahan itu.

Dia ditahan polis pada 27 Februari lalu selepas menerima aduan daripada pembeli barang-barang yang dicuri berkenaan.

"Saya ada tiga orang anak kecil dan saya pecah masuk rumah itu atas sebab saya nak bantu mak saya yang sedang uzur", kata Faizan ketika merayu supaya hukumannya diringankan.

Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak bagaimanapun berkata alasan yang diberikan Faizan tidak munasabah.

Tengku Mahkota Pahang

Artikel Lain