suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jentera BN Siap Sedia Hadapi PRK Permatang Pauh - Gerakan

Teng Chang Yeow.
GEORGE TOWN: Jentera Barisan Nasional (BN) negeri bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh. 

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata pendekatan baharu akan digunakan untuk memancing pengundi. 

"Pendekatan yang akan digunakan pastinya berbeza dengan sebelum ini. 

"Jentera di peringkat bahagian telah lama bergerak terutamanya oleh Umno," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan Pulau Pinang di Jalan Macalister. 

"Untuk kempen media baharu, kami telah mewujudkan pasukan khas yang akan menggunakan pendekatan baharu pada pilihan raya kecil kali ini," tambahnya. 

Rabu lalu, isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berserta anak-anaknya Nurul Nuha dan Nurul Izzah, telah memfailkan petisyen permohonan pengampunan Diraja kepada Istana Negara dan turut menghantar satu salinan kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Berikutan petisyen yang dihantar itu, status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh belum terlucut sehinggalah ia diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Artikel Lain