suria

Terjun Kereta: Bekas Suami Rosniza Ditahan

ALOR SETAR: Polis berjaya menahan bekas suami tukang masak yang berada dalam keadaan kritikal selepas melompat keluar dari kereta yang dipandu lelaki itu pada Khamis.

Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Asam Jawa Pulai, Baling pada pukul 4 petang.

Dalam kejadian itu, mangsa Rosniza Fadzil, 30, sedang  menunggang motosikal dari rumahnya di Kampung Lengkuas, Bukit Pinang di sini untuk ke Jitra sebelum diheret bekas suami ke dalam kereta berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan telah melompat keluar dari kereta yang sedang dipandu laju berdekatan simpang Pinang Jaya.

Ketika terjatuh dari kereta tersebut, mangsa telah dilanggar oleh kereta lain dan mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dilaporkan bercerai bulan lalu.

Polis, Tukang Masak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain