suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3,000 Pegawai, Anggota Tentera Darat Sertai Zikir Perdana

PORT DICKSON: Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor merupakan antara kira-kira 3,000 pegawai dan anggota tentera darat yang menyertai majlis Zikir Perdana di sini, Khamis malam, sempena sambutan Hari Tentera Darat ke-82, tahun ini.

Majlis bertempat di Masjid Depot Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang diadakan selepas solat Maghrib itu dipimpin oleh Kapt. Hanafiah Mat Zain dari Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat.

Turut diadakan ialah tazkirah oleh penceramah jemputan Ustaz Uda Kasim yang merupakan Pengetua Maahad Dakwah Wal Irshad, Bandar Puteri, Kelang.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Raya Tentera Darat Mej Mohd Riduan Yusoff berkata selain menerapkan kepentingan amalan berzikir dalam kehidupan harian, majlis itu juga bertujuan meningkatkan hubungan silaturrahim sesama anggota.

"Amalan ini juga merupakan sesuatu pembinaan kerohanian untuk anggota muslim lebih memahami dan menghayati tuntutan nilai-nilai murni Islam yang perlu diamalkan dalam kehidupan," katanya di sini.

Kagat, Tentera, Darat

Artikel Sebelum

PKNS Teliti Bantahan Penduduk SS7

Artikel Berikut

Terpedaya Dengan 'Rayuan Seks'

Artikel Lain