suria

Separuh Hadapi Masalah Kesihatan

PETALING JAYA: Program saringan kesihatan Perkeso bagi mengenal pasti kumpulan yang berisiko penyakit tidak berjangkit (NCD) mendedahkan kepada penemuan yang membimbangkan.

Hasilnya lebih daripada separuh pekerja yang menjalani program pemeriksaan kesihatan percuma sejak 2013 didapati berisiko obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Walaupun pakar-pakar kesihatan cuba membuktikan bahawa gaya hidup dan tabiat pemakanan sebagai punca masalah, Perkeso sekali lagi menyeru lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma bagi mengesan masalah sebelum ia menjadi lebih serius.

Perkembangan itu juga membimbangkan kumpulan majikan kerana mereka terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi bagi pekerja yang sakit.

Kajian terhadap 308,039 pekerja yang menjalani program pemeriksaan kesihatan dari Januari sehingga 31 Disember menunjukkan 36.94 peratus daripada pekerja mempunyai berat badan berlebihan, 17.63 peratus adalah obes, 13.14 peratus mempunyai tekanan darah tinggi dan 8.45 peratus mempunyai diabetes.

Ia juga menunjukkan bahawa 61.76 peratus daripada pekerja mempunyai hiperkolesterolemia - kehadiran kolesterol dalam jumlah yang luar biasa dalam darah.

Hasil analisis menunjukkan bahawa 110,932 pekerja mempunyai berat badan berlebihan dengan indeks jisim badan (BMI) bacaan 25-29,99 manakala 52,938 adalah obes dengan BMI melebihi 30.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso (Operasi), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, hampir 34 peratus dan 49 peratus daripada tuntutan pencen kerana hilang upaya terhadap Perkeso dibuat disebabkan NCD.

Katanya program pemeriksaan kesihatan diperkenalkan sebagai tindak balas kepada peningkatan jumlah tuntutan yang dibuat pencen kerana hilang upaya kepada Perkeso.

Dr Mohammed Azman berkata sehingga Oktober 2014, terdapat peningkatan sebanyak 7.61 peratus kepada 45,599 dari mereka yang menerima pencen kerana hilang upaya berbanding dengan tahun sebelumnya.

"Daripada jumlah ini, purata 34 peratus telah dilaporkan akibat NCD seperti kardiovaskular, kencing manis, kanser, pernafasan dan gangguan mental," katanya.

Katanya lagi Perkeso mengeluarkan sebanyak 1.9 juta baucar untuk program pemeriksaan kesihatan percuma pada 2013 dan tahun lalu namun hanya sebahagian menggunakan tawaran itu walaupun program ini dilanjutkan sehingga Jun tahun lepas.

"Masih terdapat sebilangan besar masyarakat yang tidak menggunakan peluang yang disediakan dan kita tidak faham mengapa mereka tidak menggunakan baucar dihantar," katanya.

Tambah beliau Perkeso telah mengedarkan sebanyak 210,000 baucar tambahan untuk pekerja yang akan berumur 40 tahun pada tahun ini.

Artikel Sebelum

Terpedaya Dengan 'Rayuan Seks'

Artikel Berikut

Ketua Umno Bahagian Jumpa Najib

Artikel Lain