suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahrizat Redha Keputusan Mahkamah

Shahrizat bersama suaminya, Dr Mohamad Salleh Ismail.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang menolak permohonan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita UMNO, berkata keputusan itu bagaimanapun tidak akan mematahkan semangat keluarganya untuk mencari kebenaran.

"Kami sekeluarga menerima baik keputusan itu, walaupun kami sekeluarga amat sedih sekali, kita tawakal kepada Allah'" katanya kepada pemberita pada sidang media di kediamannya, di sini.

Shahrizat berkata suaminya akan berbincang dengan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengemukakan rayuan undang-undang bagi tindakan selanjutnya.

Mohamad Salleh, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin menolak permohonan Mohamad Salleh selepas mendapati kedua-dua pertuduhan itu adalah teratur dan tidak cacat serta terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam perbicaraan penuh.

Artikel Sebelum

Artikel Lain