suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengku Zafrul Dilantik CEO CIMB Group

KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Azizdilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif CIMB Group,berkuat kuasa Jumaat.

Pelantikan itu dibuat selepas kumpulan itu menerima kelulusan daripada pihak Bank Negara Malaysia, Khamis.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Tengku Zafrul di atas pelantikan ini. Prestasinya sebagai pemangku CEO Kumpulan sejak 1 September, 2014, hanya menambahkan lagi keyakinan Lembaga Pengarah terhadap kemampuannya menerajui syarikat," kata Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Tun Razak, dalam satu kenyataan, Khamis.

Menurutnya, Tengku Zafrul telah melaksanakan pelan T18 yang dimulakan dengan barisan kepemimpinan dan struktur organisasi lebih segar, meningkatkan proses dan mengurangkan kos operasi dalam perbankan borong.

"Saya sememangnya menaruh keyakinan untuk terus bekerjasama erat dengannya bagi jangka masa panjang," katanya.

Tengku Zafrul menyertai CIMB Group pada 2 Januari, 2014 dan dilantik Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif lapan bulan kemudian.

Tengku Zafrul, CEO CIMB Group

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain