suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Terbalik, 20 Penumpang Cedera

JOHOR BARU: Seramai 20 penumpang sebuah sebuah bas ekspres cedera selepas kenderaan itu merempuh pembahagi jalan dan terbalik ke dalam parit di Kilometer 100.1 Lebuh raya Utara Selatan dekat Yong Peng di sini, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian melibatkan bas yang dalam perjalanan dari Butterworth ke Johor Baru itu berlaku pada pukul 4.15 pagi.

"Dalam kejadian itu, bas tersebut didakwa gagal dikawal sebelum merempuh pembahagi jalan.

"Bas berkenaan kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam parit. Bagaimanapun tiada kematian dan kecederaan parah dilaporkan," katanya.

Beliau menambah, seramai 17 daripada mangsa mengalami luka kecil dan dirujuk ke  Hospital Sultanah Nora Ismail untuk rawatan susulan.


Bas Terbalik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain