suria

1MDB Sah Tebus Semula Pelaburan AS$2.318 Bilion Di Kepulauan Cayman

KUALA LUMPUR: 1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia, sudah menebus semula sepenuhnya AS$2.318 bilion yang dilaburkan oleh syarikat itu dalam dana berdaftar di Kepulauan Cayman.

Dalam kenyataan, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda, berkata dana itu merupakan pembayaran semula pinjaman yang disediakan kepada PetroSaudi pada 2011 dalam bentuk nota-nota Murahaba susulan penamatan perjanjian sebelum ini yang dimeterai untuk menjalin usaha sama dengan syarikat itu.

Nota-nota berkenaan yang dibayar sepenuhnya dan faedah, kemudiannya dilaburkan dalam dana yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Monetari Cayman.

1MDB sebelum ini menebus AS$1.215 bilion, yang mewakili 60 peratus dana yang dilabur, dan kini menebus tambahan AS$1.103 bilion, yang membabitkan baki daripada sejumlah AS$2.318 bilion yang dilaburkan pada asalnya.

1MDB, Kepulauan Cayman, Arul Kanda

Artikel Berikut

PAS Sokong Penahanan Paulsen

Artikel Lain