suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Khamis

KUALA LUMPUR: Angin kencang timur laut dan lautbergelora di kawasan perairan pedalaman, pantai barat dan Kudat, Labuan di Sabah dan Miri di Sarawak dijangka berterusan sehingga Khamis ini.    

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada Ahad berkata angin kencang dan laut bergelora itu mencapai kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) manakala ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dalam tempoh itu.

Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan sama turut berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan, Labuan, Samui, Tioman,Bunguran dan Reef South dalam tempoh yang sama. 

Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kenaikan paras air laut sehingga Isnin. 

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

amaran angin kencang

Artikel Lain