Tinggalkan Rela Jika Mahu Kekal Gelaran 'Datuk' - Michael Chong - Semasa | mStar

Tinggalkan Rela Jika Mahu Kekal Gelaran 'Datuk' - Michael Chong

KUALA LUMPUR: Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) tidak akan mengiktiraf anugerah datuk dan darjah kebesaran yang diberikan kepada pegawai-pegawainya oleh Lembaga Adat Naning di Melaka atau mana-mana anugerah yang meragukan yang diterima di upacara istiadat di luar negara.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong, yang juga timbalan pesuruhjaya kehormat Rela berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Ketua Pengarah Rela Lukeman Saaid.

Beliau berkata beberapa pegawai Rela telah menerima gelaran datuk dan anugerah lain sambil menambah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini menyatakan bahawa satu jawatankuasa khas akan menyiasat dan menyoal penerima anugerah yang diberikan kepada mereka oleh penghulu Naning itu.

Chong berkata pegawai-pegawai yang telah menerima anugerah ini perlu meninggalkan Rela jika mereka mahu mengekalkan gelaran Datuk yang diberikan.

Pada Mei, satu majlis pengurniaan telah diadakan di Melaka oleh Penghulu Naning, mencetuskan satu kemarahan di seluruh negeri dan Idris memberikan peringatan bahawa anugerah yang diberikan tidak akan diiktiraf.

Beliau berkata anugerah atau gelaran selain daripada yang diberikan oleh Yang di-Pertua Negeri, adalah tidak sah dan tidak diiktiraf.

Beliau juga mengingatkan bahawa penghulu hanyalah satu kedudukan dalam adat.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri minggu lepas, Idris mengulangi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap penjawat awam yang terlibat dalam upacara pengurniaan itu.

Awal tahun ini dilaporkan bahawa undang-undang yang akan digubal untuk mengawal selia pemberian anugerah kehormat dan pingat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dipetik sebagai berkata bahawa hanya anugerah dan pingat yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Yang di-Pertua Negeri yang diiktiraf di negara ini.

Pada masa ini, tidak ada undang-undang yang mengawal penerima darjah kebesaran dan pingat dari luar negara.

Shahidan mendedahkan bahawa 2,049 penerima, termasuk mereka yang telah meninggal dunia, telah menerima anugerah persekutuan yang membawa gelaran Tun, Tan Sri dan Datuk.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kekuatan Mata Hati

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain