suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Selangor Tak Halang Wanita Jadi MB

Sultan Sharafuddin Idris Shah
PETALING JAYA: Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kekecewaan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah bahawa istana Selangor menentang wanita memegang jawatan menteri besar.

"Ada orang yang terlalu cepat mahu mengutuk istana. Mereka menjadikan isu menyatakan beta tidak mahukan seorang menteri besar wanita.

"Laporan-laporan portal berita tertentu membuat dakwaan itu tanpa mengaitkan mereka dengan mana-mana nama," katanya.

"Beta bukan menentang mana-mana wanita untuk menjadi menteri besar tetapi penanda arasnya beliau mesti menjadi seperti Gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz)."

Sultan menambah bahawa baginda sangat menghormati personaliti wanita seperti Zeti, Pro Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Dr Aishah Ong dan lain-lain pemimpin wanita yang baik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain