suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Dipercayai Pukul Isteri Sehingga Mati Ditahan Di Yong Peng

Nor Hashim Mohamed

JOHOR BAHARU: Seorang penganggur ditahan polis awal Rabu, dalam tempoh kurang 24 jam selepas dia dipercayai memukul hingga mati isterinya yang baru bersalin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Nor Hashim Mohamed berkata suspek ditahan pada pukul 2.45 pagi di kawasan awam di Yong Peng, hampir 100km dari kediaman mereka di sebuah rumah kedai di Jalan Meranti, Taman Sri Pulai, dekat sini. 

"Suspek kini ditahan reman dan kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.  

Mangsa, M. Sila, 27, ditemui dalam keadaan tertiarap tidak sedarkan diri di atas lantai rumah kedai tersebut pada 6.40 pagi semalam. 

Wanita itu dilaporkan meninggal dunia kerana kecederaan kepala sebaik tiba di Hospital Sultanah Aminah di sini. 

lelaki pukul isteri

Artikel Lain