suria

Lagi Mayat Ditemui Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri dijumpai terapung di perairan Macallum di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata mayat itu ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap berdekatan kawasan penternakan ikan sangkar di kawasan itu, pada 9 pagi.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada badannya selain tiada unsur jenayah disyaki menyebabkan kematian lelaki itu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata polis akan mengambil cap jari lelaki berkulit gelap yang berumur lingkungan 40-an dan 50-an itu untuk semakan rekod identiti di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga agar menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.


Polis, Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain