suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahap Baharu Ancaman Keganasan - Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
EKSKLUSIF KUALA LUMPUR: Ancaman keganasan di Malaysia telah mencapai tahap baharu di mana terdapat hubungan di antara pejuang asing dan tempatan melalui media sosial yang telah membawa kepada pembiayaan dan dana untuk aktiviti keganasan yang lebih besar .

Kini, militan asing cuba untuk mempengaruhi parti-parti politik tempatan melalui ahli-ahli mereka.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan Kertas Putih di Dewan Rakyat, yang akan memperincikan 'ancaman sebenar' wujudnya kumpulan militan Negara Islam (IS) dan lain-lain rantau ini ke Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kertas Putih itu akan menyentuh mengenai langkah-langkah yang dicadangkan untuk memerangi dan menghalang keganasan.

"Ancaman itu adalah benar dan kami berharap ia (Kertas Putih) akan mewujudkan lebih kesedaran di antara kedua-dua belah parti yang mempunyai jurang politik dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain