suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janin Ditemui Dalam Tandas Sekolah

- Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Satu janin manusia dipercayai berusia tiga bulan ditemui dalam tandas perempuan sebuah sekolah menengah di Machang Bubok, di sini, Isnin. 

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, seorang guru di sekolah berkenaan menemui janin tersebut sebelum memaklumkan kepada polis. 
 
"Sepasukan polis dihantar ke lokasi berkenaan dan menjalankan pemeriksaan, janin itu ditemui di atas lantai dalam tandas tersebut. 

"Siasatan oleh Unit Forensik mendapati kematian janin tersebut kerana keguguran dan polis menghantar janin tersebut ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya di sini Isnin. 

Beliau berkata polis turut merekodkan keterangan beberapa individu termasuk guru di sekolah berkenaan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.
janin, Rusli Mohd Noor

Artikel Lain