suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terengganu Tubuh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri - Ahmad Razif

Ahmad Razif Abdul Rahman.
KUALA NERUS: Kerajaan negeri Terengganu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu bagi mengenal pasti punca banjir di beberapa daerah di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata jawatankuasa itu akan mengenal pasti masalah banjir secara terperinci dan langkah untuk mencegah banjir di kawasan terjejas.

Jawatankuasa itu juga akan mengemukakan laporan penuh termasuk keperluan bagi menangani bencana alam itu.
 
"Menerusi jawatankuasa ini, kita akan mengenal pasti punca utama sehingga menyebabkan banjir dan cara atasi bencana ini," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Gong Badak di sini, hari ini.

Ahmad Razif berkata beliau juga berpuas hati dengan tindakan dan kerjasama pelbagai agensi dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa daerah di negeri ini sejak dua hari lepas.
 
"Semua pihak menjalankan perkhidmatan dan bantuan di paras terbaik dan saya berpuas hati dengan kerjasama ini," katanya.

Artikel Lain