13 Pelajar Sesat Di Gunung Datuk Ditemui Selamat

Gunung Datuk.
REMBAU: Tiga belas pelajar Fakulti Sains Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seremban yang sesat di Gunung Datuk, pada Jumaat dijumpai dalam keadaan selamat

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata kesemua mangsa yang berumur dalam lingkungan 20 ke 23 tahun terdiri daripada tujuh pelajar lelaki dan enam pelajar wanita ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 10.20 malam. 

"Mangsa dijumpai dari ketinggian kira-kira 500 meter dari paras laut dari tapak kaki gunung itu. 

Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota pasukan mencaridan menyelamat pada 1.15 pagi," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Katanya beberapa orang mangsa mengalami kecederaan di kaki dan kesemuanya kelihatan keletihan. 

Katanya kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.

Mangsa dipercayai sesat selepas dikatakan mendaki gunung tersebut sejak7.30 pagi Jumaat. 

Difahamkan, mangsa menghubungi renjer hutan pada 2 petang kerana sesat dan pihak renjer kemudian turut menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bagi operasi mencari dan menyelamat. 

"Kumpulan pelajar terbabit sentiasa menghubungi pihak berkuasa dan memaklumkan mereka semua dalam keadaan selamat dan lokasi mereka berada iaitu dilaluan Gunung Gagak berjaya dikenal pasti.  

"Operasi menyelamat kemudian giat dijalankan bagi membawa semua pelajar terbabit turun dengan selamat," katanya. 

Operasi mencari kesemua mangsa bermula pada 5 petang serta turut dibantu lebih 30 kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Perhutanan, polis dan penduduk kampung berdekatan. 

Sementara itu, Norazam meminta orang ramai supaya menghubungi dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa iaitu anggota renjer sebelum mendaki, namun sebaik-baiknya aktiviti ini dihentikan berikutan musim hujan pada ketika ini. 

"Saya harap orang ramai dapat menunggu masa yang sesuai bagi menyertai aktiviti pendakian di sini iaitu sehingga keadaan cuaca kembali baik kerana hujan lebat menyebabkan keadaan laluan jalan di gunung ini licin selain kemungkinan lain seperti kejadian pokok tumbang akibat petir," katanya.
Gunung Datuk, pelajar sesat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anggota Ketiga Disyaki Militan Didakwa

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain