suria

13 Pelajar UiTM Sesat Di Gunung Datuk

Gambar hiasan.

REMBAU: Sebanyak 13 orang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seremban dilaporkan sesat dan hilang di Gunung Datuk dekat sini selepas mendakinya awal pagi Jumaat.

Difahamkan mereka terdiri daripada tujuh pelajar lelaki dan enam pelajar wanita dari Fakulti Sains Sukan yang mula mendaki gunung tersebut seawal pukul 7.30 pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Ridwan Abd Rahman berkata mereka dilaporkan sesat dan hilang arah kira-kira pukul 2 petang.

Beliau berkata anggota bomba dikerahkan mencari mereka kira-kira pukul 5.13 petang sebaik menerima laporan dengan turut dibantu kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan, polis dan penduduk kampung.

"Kami mula mendaki gunung itu mulai pukul 6.40 petang. Lokasi mangsa telah dikenal pasti dan pihak kami bersama yang lain mencuba sedaya upaya untuk meyelamatkan mereka dengan secepat yang mungkin," katanya.

UiTM, Gunung Datuk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain