suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jualan Kenderaan Pada Oktober Merosot

KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan untuk Oktober 2014 merosot kepada 54,187 unit daripada 55,078 unit pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Menurut MAA kedua-dua segmen kenderaan penumpang dan komersil merekodkan jualan yang rendah pada Oktober dengan jualan pada bulan tersebut merosot kepada 47,544 unit berbanding 47,930 unit pada tahun lalu, manakala jualan kenderaan komersil susut kepada 6,643 unit daripada 7,148 unit.

Tahun ke tahun, jumlah jualan keseluruhan industri itu 1.01 peratus lebih tinggi pada 546,492 unit berbanding 543,048 unit dalam tempoh yang sama pada tahun sebelum ini.

Jumlah keseluruhan kenderaan komersil dan penumpang pada bulan lepas turun kepada 45,763 unit daripada 54,549 unit pada tahun lepas, kata MAA.

Pengeluaran segmen kenderaan penumpang pada Oktober susut kepada 41,133 unit berbanding 50,184 unit pada bulan yang sama tahun lepas manakala jumlah kenderaan komersil pula meningkat kepada 4,630 unit daripada 4,365 unit.

Mengenai prospek, MAA menjangkakan jualan untuk November akan mengekalkan momentum September disebabkan pelanggan berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman sewa beli.
jualan kenderaan, MAA

Artikel Lain