suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Sesat Di Gunung Datuk Ditemui Selamat

Glausia diiringi anggota bomba turun dari Gunung Datuk selepas sesat ketika melakukan pendakian solo pada Jumaat.
REMBAU: Seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Alor Gajah, Melaka yang sesat di Gunung Datuk dekat sini petang semalam dijumpai dalam keadaan selamat Jumaat malam.


Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Johari Ahmad berkata, Glausia a/p Galayan, 20, berasal dari Sarawak ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8.47 malam.

"Mangsa dijumpai pada ketinggian kira-kira 263 meter dan dibawa turun kira-kira pukul 11.48 malam," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata, mangsa yang cedera di kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah.

Mangsa dipercayai sesat selepas mendaki gunung itu seorang diri. Dia yang berjaya sampai ke puncak gunung difahamkan sempat menghubungi rakannya dan memaklumkan dia sesat dan gagal menemui jalan keluar.

Penuntut itu juga dikatakan menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan.

Sepasukan 12 anggota bomba bersama kakitangan Jabatan Perhutanan dan anggota polis menyertai gerakan mencari dan menyelamat.

Johari mengingatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti pendakian ketika musim hujan sekarang.

Gunung Datuk setinggi 884 meter merupakan antara tarikan pelancongan di Negeri Sembilan.


Gunung Datuk, UniKL, sesat

Artikel Lain