suria

Tiada Perubahan Harga RON95 & Diesel

KUALA LUMPUR: Tidak ada rancangan untuk mengurangkan harga RON95 dan diesel di Malaysia walaupun berlaku penurunan harga minyak mentah dunia kerana kerajaan masih memberikan subsidi kos bahan api.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata persoalan seperti itu tidak timbul kerana kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 12 sen seliter untuk RON95.

"Tahun lepas, kerajaan memberi subsidi 24 sen bagi setiap liter bahan api RON95 itu. 

"Kini dengan penurunan harga minyak mentah dunia, subsidinya ialah 12 sen sehingga Oktober tahun ini.

"Oleh itu, persoalan itu tidak timbul kerana kami masih memberi subsidi untuk setiap liter," katanya ketika menggulung perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat.

Dilaporkan Rafizi Ramli (PKR - Pandan) pada Rabu, dalam satu sidang akhbar berkata jika harga pasaran minyak semakin murah, Malaysia tidak perlu membayar subsidi yang kini ditanggung kerajaan sebanyak 0.14 sen seliter.

Rafizi berkata harga minyak mentah dunia telah jatuh kepada USD82 (RM274) setong. 

Beliau berkata para pengguna akan membayar lebih daripada kadar pasaran jika harga minyak mentah terus menurun kepada USD73 (RM244) setong dan ke bawah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain