suria

Khazanah Janji Telus Dalam Penswastaan MAS Kata MSWG

KUALA LUMPUR: Cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, berjanji untuk telus dalam proses penstrukturan semula Malaysian Airline System Bhd (MAS), malah selepas penswastaan syarikat penerbangan itu, kata Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG).


Pengurus Besar Perkhidmatan Korporatnya, Lya Rahman berkata, pemegang saham lama menyuarakan pandangan dan kebimbangan mereka, dan Khazanah wajar mengambil maklum mengenainya.

"Khazanah perlu telus dalam semula proses yang diambil, apa sahaja yang mereka lakukan memandangkan ia merupakan aset negara. Serahkan kepada Khazanah untuk menjalankan tugas mereka dan berdoa supaya usaha itu berjaya selepas usaha sebelum ini gagal," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa MAS di Kelana Jaya dekat sini, Khamis.

Mengenai proses pengundian, beliau berkata tawaran Khazanah untuk mengambil alih baki saham yang tidak dimilikinya pada harga 27 sen, mendapat persetujuan daripada 93 peratus pemegang saham.

"Saya rasa pemegang saham mengetahui mereka patut menerima tawaran ini memandangkan jika proses ini tidak berjaya, mereka mungkin hilang segala-galanya," katanya.

Beliau berkata, MSWG juga berpuas hati terhadap respons MAS terhadap soalan-soalan yang dianjurkan oleh pemegang saham.

"Mereka memberi respons yang baik," kata Lya.


Khazanah, MSWG, MAS

Artikel Berikut

Artikel Lain