Yang Ditangkap Bukan Isteri Saya - Zunar - Semasa | mStar

Yang Ditangkap Bukan Isteri Saya - Zunar

Tiga individu termasuk isteri Zunar ditahan kerana menjual bahan bacaan menyindir institusi kehakiman dan pemimpin negara di pekarangan Kompleks Istana Kehakiman, Khamis.
PUTRAJAYA: Dua wanita dan seorang lelaki ditahan di pekarangan Istana Kehakiman di sini pada Khamis, dipercayai kerana menjual buku yang mengandungi sindiran kepada institusi kehakiman dan pemimpin negara.


Berdasarkan laporan awal, salah seorang daripada mereka dikatakan isteri kepada kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar.

Wanita berkenaan ditahan bersama seorang lagi wanita dan seorang lelaki yang dipercayai membantunya mempamer dan menjual buku tersebut sejak perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Selasa lepas.

Ketiga-tiga mereka ditahan anggota polis berpakaian preman kira-kira 6.50 petang dengan buku, kad serta komik yang dijual turut dirampas.

Mereka kemudiannya dibawa dengan sebuah van polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah di sini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga individu berkenaan yang seorang daripadanya adalah isteri kepada kartunis Zunar.

"Dua daripada mereka berusia 41 tahun, manakala seorang lagi wanita berumur 29 tahun dan kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 2 (3) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri pernah mengenakan Perintah Larangan terhadap sebuah buku dan dua komik sindiran politik tulisan Zunar, mengikut akta sama.

Gelagat Zunar di pekarangan Kompleks Istana Kehakiman, Putrajaya pada Khamis.

Bagaimanapun, Zunar menerusi laman Facebooknya menjelaskan, individu yang ditahan itu bukan isterinya, sebaliknya ketiga-tiga mereka adalah pembantunya yang dikenali sebagai Rizaldy, Raja Norita dan Norliza Mohd Kassim.

"Mereka ditangkap kerana jual buku kartun terbaharu saya, Komplot Penjarakan Anwar," katanya.

Zunar juga menjangkakan mereka akan dibebaskan malam ini.



Zunar , Istana Kehakiman , komik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain