suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Tenang Tiba Di Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman, di sini kira-kira pukul 8.50 pagi Selasa.

Jangkaan bahawa Anwar akan tiba melalui jalan utama menaiki kereta meleset apabila beliau muncul dari bahagian dalam perkarangan bangunan Mahkamah Persekutuan yang dikawal ketat oleh polis dan penghadang besi.

Sebaik sahaja kelibat Anwar dapat dilihat, para penyokongnya yang telah menunggu sejak awal pagi bersorak memberi sokongan kepada ahli politik tersebut.

Turut dilihat bersama mengiringi Anwar adalah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta lima anak mereka, Nurul Nuha, Muhammad Ihsan, Nurul Ilham, Nurul Iman dan Nurul Hana, kecuali Nurul Izzah.

Kelihatan tenang dan bersahaja, ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang memakai kot hitam tidak putus-putus melambaikan tangan kepada para penyokongnya.

Sesekali mereka bersorak 'Reformasi' dan melaungkan slogan keadilan untuk Anwar, 'Rakyat Hakim Negara'.

Terdahulu, pada pukul 8.40 pagi, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hadir sebelum bersama-sama Anwar memasuki bangunan mahkamah.

anwar ibrahim, pkr, mohamed azmin ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain