suria

Siasat Remaja Suspek Kes Culik - Komander Esscom

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia menjalankan siasatan terperinci berikutan penahanan tiga remaja dipercayai bersubahat dengan penculikan untuk wang tebusan (KFR) dan lain-lain kumpulan penjenayah di sempadan pantai timur Sabah.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun berkata, pasukan penyiasat mengkaji semua sudut selepas merampas telefon bimbit daripada tiga suspek yang berumur antara 14 hingga 29 tahun.

Ditanya mengenai kemungkinan ketiga-tiga suspek itu merupakan pasukan peninjau untuk penculikan KFR, Rashid berkata: "Kami masih menyiasat".

Tiga suspek itu ditahan berhampiran sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada kira-kira pukul 8.30 malam pada Rabu lalu kerana melanggar arahan perintah berkurung di kawasan berkenaan.

Menurut Abdul Rashid, dua daripada lelaki berkenaan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi mempunyai dokumen pengenalan pendaftaran lewat.

Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain