suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Sertai Majlis Doa Selamat Sambutan Maal Hijrah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai lebih 4,000 jemaah pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat bagi menyambut kedatangan Maal Hijrah 1436H di Masjid Negara pada Jumaat malam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1435H disusuli doa awal tahun 1436H sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa selamat serta solat Isyak secara berjemaah.

Terdahulu, jemaah berpeluang mengikuti forum agama selama 45 minit bertajuk 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' yang turut disiar secara langsung oleh RTM.

Ia disertai dua panelis iaitu Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Norhafizah Musa.

Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya esok.

Najib Tun Razak, Maal Hijrah

Artikel Lain