suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perompak Kereta Diplomat Turki Diburu

Seorang daripada dua lelaki yang sedang diburu membabitkan kes rompakan kereta diplomat Turki di Jalan Ampang, malam Rabu.
KUALA LUMPUR: Kereta milik diplomat Turki dilarikan perompak di sebuah stesen minyak di Jalan Ampang dekat sini, malam Rabu.


Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 10 malam ketika diplomat itu membeli minuman di kaunter stesen minyak itu.

Beliau berkata, lelaki itu cuba mengejar perompak yang melarikan kereta Toyota Camrynya.

Dia dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila juruwang di stesen minyak itu menjerit apabila terlihat kereta itu dilarikan.

Asmadi berkata, polis kini sedang giat memburu dua lelaki berhubung kejadian itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen berkenaan.

kereta, Turki, stesen minyak

Artikel Sebelum

Sindiket Curi Kereta Tumpas

Artikel Berikut

Artikel Lain