suria

Wanita Didakwa Kurung Siti Aishah Sebagai Hamba Dibebaskan

Siti Aishah Abdul Wahab.
PETALING JAYA: Scotland Yard membebaskan seorang wanita yang dipercayai mengurung tiga individu termasuk seorang warga Malaysia sebagai 'hamba' mengikut fahaman Maoist selama lebih 30 tahun, lapor The Telegraph.

Akhbar tersebut melaporkan Chanda Pattni, 67, disoal siasat bersama suaminya, Aravindan Balakrishnan atas dakwa mengurung tiga wanita selama lebih 30 tahun di sebuah rumah di Selatan London.

The Telegraph turut memetik pegawai polis sebagai berkata, Aravindran, 73, yang juga ditahan kerana disyaki melakukan serangan seksual yang serius diikat jamin sehingga pertengahan Disember.

Pada November lalu, dunia dikejutkan dengan berita seorang warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab, 69, bersama dengan seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan seorang wanita berusia 30 tahun dari Britain dikurung seperti hamba di dalam sebuah rumah.

Siti Aishah yang mendapat biasiswa Komanwel di London pada 1960 terputus hubungan selepas terpengaruh dengan fahaman yang dibawa Aravindan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain