suria

Keluarga Dibenar Lawat Tahanan Pada Aidiladha

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara membenarkan anggota keluarga melawat tahanan, penghuni pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney, pada sambutan hari kedua dan ketiga Aidiladha.

Jabatan itu dalam kenyataan di sini, Khamis, berkata waktu lawatan bermula pada 8.15 pagi sehingga 4.15 petang dan pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

"Keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni yang beragama Islam sahaja," menurut kenyataan itu.

Pelawat juga tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni kerana ia boleh dibeli dari kantin penjara.

Selain itu, pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas disediakan Jabatan Penjara.

"Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerimaan," menurut kenyataan itu.


Penjara, Aidiladha

Artikel Sebelum

Artikel Lain