suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Cedera Digigit Biawak Makin Pulih

Nur Hidayah semakin pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

JOHOR BARU: Bayi berusia lapan bulan, Nur Hidayah Abdul Rahman menunjukkan perkembangan positif dan semakin beransur pulih daripada kecederaan selepas diserang seekor biawak di rumah kakitangan sebuah resort di Pulau Tioman, Isnin lalu.

Doktor di Hospital Sultanah Aminah, Low Tzuemn Ling berkata, luka pada kecederaan kanak-kanak itu tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan.

Katanya, kecederaan yang menimpa bayi itu adalah satu insiden yang malang tetapi kakitangan hospital cuba melakukan yang terbaik agar mangsa segera pulih.

Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Ariff berkata, Jabatan Kebajikan akan menyediakan khidmat kaunseling kepada ibu mangsa, Nor Raudah Abdullah yang trauma selepas melihat anaknya diserang haiwan reptilia itu di rumah mereka pada Isnin lalu.

"Kami akan memberi kaunseling selama mana yang diperlukan kerana dia masih trauma dengan tragedi ngeri itu," katanya kepada pemberita selepas melawat bayi itu di sini, Khamis.

Biawak tersebut menggigit dan mencengkam kepala bayi tersebut serta cuba menarik keluar mangsa dari dapur rumah berkenaan ke kawasan semak berhampiran.

Ibu bayi malang itu bergegas mendapatkan anaknya selepas terdengar tangisan yang kuat.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain