suria

Lelaki Ditemui Ditikam Di Lampu Isyarat

GEORGE TOWN: Seorang lelaki rakyat Vietnam dijumpai mati dipercayai akibat ditikam di persimpangan lampu isyarat Jalan C.Y Choy di sini malam Isnin.

Mayat Nguyen Van Phuong, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan cedera parah di rusuk kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata menurut saksi kejadian, lelaki itu dikatakan dikejar seorang lelaki kira-kira pukul 11 malam.

"Mangsa bekerja di pasar berdekatan lokasi kejadian. Polis turut menemui sebilah pisau dan beberapa biji epal di dalam poket seluarnya, bagaimanapun kami percaya pisau itu bukan senjata pembunuhan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata sebuah basikal turut dijumpai tidak jauh dari kawasan kejadian dan polis masih menyiasat sama ada kenderaan itu milik suspek atau mangsa.

Mazlan berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Vietnam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain