suria

42 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Baling

BALING: Sebanyak 42 rumah di lima kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu di sini rosak teruk terutama di bahagian bumbung akibat dilanda ribut pukul 5.30 petang, Ahad.

Kampung terbabit dalam kejadian itu ialah kampung Bok Bak melibatkan 12 rumah, Iboi (14), Padang Dan (12), Carok Kangar (satu) dan Tiak (tiga).

Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Baling, Nurul Iffah Abdullah berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah itu telah menghulurkan bantuan segera iaitu tikar, selimut, kain batik dan sarung kepada mangsa ribut.

Beliau berkata, pihaknya berharap mangsa ribut segera membuat laporan polis bagi memudahkan bancian kerosakan dan kerugian dibuat.

Mangsa ribut di Kampung Iboi, Fauziah Aziz, 49, berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana pada waktu kejadian dan pokok tumbang menimpa rumah mereka, ia tidak mengenai anaknya yang berada di bahagian dapur.

"Kami juga bersyukur sebab menerima bantuan segera pihak terbabit yang turut membersihkan kawasan rumah kami," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, Isnin.


ribut, Baling

Artikel Berikut

Artikel Lain