Najib Bangga Rakyat Malaysia Megah Kibarkan Jalur Gemilang - Semasa | mStar

Najib Bangga Rakyat Malaysia Megah Kibarkan Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbangga dengan rakyat Malaysia yang begitu megah mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

"Tidak ada cara yang lebih baik untuk menunjukkan budaya kecemerlangan!," kata beliau dalam catatan terbaharunya menerusi laman Facebook.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Nicol David atas kejayaannya merangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong untuk kali kesembilan, Juara Remaja Dunia kickboxing Santhia Subramaniam dan pasukan Harimau Muda Bawah 16 Tahun kerana menjuarai Piala Juara-Juara Asia 2014 selepas menundukkan PVF Vietnam semalam.

"Tahniah kepada Datuk Nicol David, pemain nombor satu dunia yang tidak dapat dipertikaikan atas kejayaan merangkul kejuraan Terbuka Hong Kong untuk kali kesembilan.

"Syabas juga kepada Santhia Subramaniam, 18, Juara Remaja Dunia dalam kickboxing! Keseluruhan pasukan kickboxing Malaysia menunjukkan persembahan yang cemerlang di London.

"Tahniah kepada skuad Harimau Muda Bawah 16 Tahun kerana merangkul Piala Juara-Juara Asia. Biarlah kemenangan ini memberi motivasi kepada anda untuk mencapai kejayaan lebih baik dalam kejohanan-kejohanan akan datang," kata beliau.

Najib juga berharap rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan kepada pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dan atlet lain yang melakukan usaha terbaik untuk negara tercinta.

"Datuk Lee Chong Wei hampir menjuarai Kejohanan Badminton Dunia. Saya tahu beliau mahu kemenangan ini dengan apa cara sekalipun tetapi malangnya ia tidak menjadi," kata beliau.

Dalam Kejohanan Dunia, di Copenhagen, Denmark, Chong Wei tewas kepada pilihan kedua, Chen Long dari China 19-21 dan 19-21 dalam final perseorangan lelaki. 


Jalur Gemilang , Datuk Nicol David

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

42 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Baling

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa