suria

Semua 156 Anggota PPS Dibebaskan Dengan Jaminan

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri yang juga Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS), Phee Boon Poh (dua dari kanan) memberi bunga ros kepada anggota PPS yang dibebaskan di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town, malam Isnin. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Polis membebaskan kesemua 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang sebelum ini direman di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Kumpulan terakhir terdiri daripada 11 anggota berjalan keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah George Town pada pukul 11.18 malam Isnin.

Kumpulan pertama, termasuk Pengerusi PPS, Phee Boon Poh, dibebaskan pada pukul 6 petang.

Seramai 21 anggota PPS dibebaskan pada Ahad.

Hanya R.S.N. Rayer, ditahan bagi membantu siasatan berhubung PPS.

PPS, Pasukan Peronda Sukarela

Artikel Berikut

Artikel Lain