suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Usaha Sedang Dijalankan Percepat Urusan Bawa Pulang Jenazah

Dr Wee (kiri) bersama ibu Chong Yee Pheng, Yee Swee Yeng, 72.
IPOH: Butiran mangsa MH17 warga Malaysia yang akan dibawa pulang akan diumumkan apabila semuanya telah dimuktamadkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong.

"Usaha sedang diambil untuk mempercepatkan urusan membawa pulang semua mangsa," kata Dr Wee selepas memberi penghormatan terakhir kepada pramugari Chong Yee Pheng di rumahnya di First Garden, di sini, pagi Ahad.

Yee Pheng adalah antara 43 rakyat Malaysia yang terkorban ketika penerbangan MH17 yang berlepas dari Lapangan Terbang Schipol Amsterdam, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang ditembak jatuh di Ukraine.

Dia adalah antara 20 jenazah dalam kumpulan pertama yang dibawa pulang pada Jumaat lepas.

Selain memberi penghormatan terakhir kepada beliau, Dr Wee berkata beliau juga mahu melihat apa lagi yang boleh dilakukan untuk membantu keluarga dalam masa yang sukar ini.

Kumpulan kedua mangsa yang dibawa pulang melibatkan tiga mangsa, tiba Ahad, tetapi hanya dua daripada mangsa diberi istiadat ketenteraan.

Artikel Lain