suria

Bekas Adun Tanjung Dawai Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai, Datuk Arzmi Hamid meninggal dunia di Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 4.50 pagi Ahad.

Berita kematian Arzmi turut dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui posting terbaharunya di laman Twitter.

"Takziah kepada keluarga Datuk Arzmi Hamid. Semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah," demikian tulis Najib.

Najib mengucapkan takziah kepada keluarga Arzmi Hamid.
Sebelum itu berita kematian Arzmi disahkan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad menerusi laman Facebook rasminya.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Bukit Selambau.

Arzmi, 58, juga merupakan bekas Ketua Umno Bahagian Merbok.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Allahyarham turut pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok pada 1995 hingga 1998 selain Setiausaha Pemuda Umno Malaysia sejak 1994 hingga 1996.
Umno Merbok, Arzmi Hamid

Artikel Lain