Pemuda Dibelasah Penduduk Kampung Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Pemuda Dibelasah Penduduk Kampung Meninggal Dunia

BESUT: Seorang pemuda yang dibelasah penduduk kampung kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di Kampung Kubang Bemban dekat Kampung Raja pada Jumaat lepas meninggal dunia pada Rabu ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa Mohd Zul Hafis Ilias, 21, berasal dari Gong Dasar, Jabi dekat sini yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, meninggal dunia 3.15 petang tadi.

"Siasatan akan dijalankan sementara menunggu keputusan bedah siasat. Malah kita minta saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian pada 11.30 malam Jumaat lalu, mangsa dijumpai pengsan setelah dibelasah penduduk kampung.

Ketika polis tiba di tempat kejadian hasil makluman orang ramai, seorang lelaki dijumpai terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan raya sebelum menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Besut.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala turut mengalami bengkak di bahagian belakang kepala dan luka-luka kecil di kaki, siku, lutut dan tangan serta terpaksa diberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke Hospital Sutanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.


Besut , Polis

Artikel Sebelum

Cuepacs Sambut Baik Pelaksanaan GST

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain