suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zakiah Aleip Dijangka Dibebaskan Sebelum Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Anggota Pasukan Polis Marin, Konstabel Zakiah Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabtu lepas, dijangka dapat dibebaskan sebelum Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk membawa anggota polis berusia 26 tahun itu pulang ke pangkuan keluarganya sebelum Aidilfitri, akhir bulan ini.

"Malam tadi mangsa menghubungi ibu dan isterinya. Dia maklumkan dia berada dalam keadaan selamat. Walau bagaimanapun, kami sedang melakukan usaha yang terbaik untuk membawa pulang anggota itu, jika boleh, sebelum raya.

"Kita dah hubungi kumpulan penculik itu, tetapi eloklah kita tidak membincangkan secara terbuka di sini demi keselamatan mangsa," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Aidilfitri kepada warga polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Rabu.

Dalam kejadian pukul 11.10 malam itu, Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, mati ditembak sementara Zakiah diculik oleh kumpulan berkenaan ketika mangsa menjalankan tugas rondaan di resort berkenaan.


Pulau Mabul, Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Lain