suria

Chew Mei Fun Angkat Sumpah Jawatan Senator

Datin Paduka Chew Mei Fun mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua di Dewan Negara pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun pada Khamis mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ia merupakan pelantikan semula beliau sebagai Senator untuk penggal kedua dan akan akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Chew sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selain penyertaan beberapa anggota MCA dan Parti Gerakan dalam Kabinet.

Chew, ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri serta Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atas kepercayaan yang telah diberikan.

"Dengan pelantikan saya sebagai Senator hari ini, serta pengumuman yang dibuat Perdana Menteri semalam, saya percaya ini merupakan platform bagi saya untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara dan menjamin keharmonian kaum secara lebih berkesan," katanya.


Dewan Negara, MCA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain