suria

Ada Mangsa Bot Karam Punya Rekod Jenayah

KUALA LANGAT: Seorang mangsa bot karam di perairan Pulau Carey, Sungai Air Hitam disahkan mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azman Abdul Razak berkata mangsa yang dikenali sebagai Iseandar, berusia 30-an dan berasal dari Banda Aceh, pernah dipenjarakan di Penjara Kajang mengikut Seksyen 15 (4) Akta Imigresen.

"Hasil siasatan rekod jenayah setakat ini, daripada semua mangsa yang kita jumpa sama ada hidup atau mati, hanya seorang sahaja yang dikesan mempunyai rekod jenayah," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 10 daripada 14 mayat tragedi itu sudah dituntut waris dan anggota keluarga mangsa.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat hari ini turut menjumpai tiga beg berisi pelbagai barangan termasuk pakaian yang dipercayai milik mangsa bot karam itu.

Dua daripada buah beg itu berisi telefon bimbit, pengecas telefon, beberapa jam tangan pelbagai jenama dan barangan peribadi manakala sebuah lagi beg berisi lima paket Milo dan barangan peribadi.

Semua barangan itu dijumpai di perairan Morib dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

"Ketiga-tiga beg dijumpai di kawasan yang hampir sama dengan tempat bot karam di perairan Pulau Care... jadi kita percaya barangan ini adalah milik mangsa-mangsa," katanya.
Bom Karam

Artikel Lain