suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Dunia: 31 Bookie Ditahan, Rampas RM1.05 Juta

Johor Bahru: Polis Johor berjaya menahan 31 individu dipercayai ejen dan bookie Piala Dunia 2014 membabitkan nilai rampasan RM1.05 juta.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata penahanan itu dibuat menerusi 105 serbuan Ops Saga untuk membanteras kegiatan itu.

Katanya, penahanan itu dibuat hasil maklumat awam dan risikan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

"Hasil pemeriksaan mendapati 31 individu disyaki terbabit sebagai ejen dan bookie perlawanan bola sepak dan ditahan sejak 13 Jun lalu," katanya pada sidang media di IPK Johor, di sini pada Jumaat.

Beliau menambah, polis juga merampas sejumlah RM61,215 dan S$5,650, 30 telefon bimbit dan sembilan komputer serta tujuh modem internet.

Mohd Mokhtar berkata, semua suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 495).




bookie, Piala Dunia 2014, Polis Johor

Artikel Lain