suria

Cadangan Mansuh Mais, Jais Persenda Raja Melayu - Mubarak Selangor

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor pada Rabu menentang cadangan supaya memansuhkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Mubarak Selangor berkata kedua-dua institusi itu, yang diwujudkan bagi mentadbir dan mendaulatkan agama Islam di Selangor, telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu dengan cemerlang.

"Memandangkan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa Sultan Selangor (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah), cadangan ini merupakan satu persendaan dan tentangan terhadap kuasa Baginda dan Raja-Raja Melayu.

"Mubarak Selangor ingin menegaskan bahawa semua wakil rakyat Selangor sepatutnya taat dan setia kepada Negeri dan Rajanya," kata Mubarak Selangor dalam kenyataan di sini.

Pada Selasa, empat Anggota Parlimen PAS iaitu Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) menggesa Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.

Cadangan itu bagi memastikan kerajaan Selangor tidak lagi perlu menerima arahan daripada MAIS berhubung penguatkuasaan hal ehwal agama Islam di negeri itu.

Perkara itu susulan keputusan MAIS yang tidak bersetuju memulangkan 300 kitab Bible versi Bahasa Melayu setelah dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada Persatuan Bible Malaysia pada Januari lepas.

mubarak selangor, Jais, Mais, Bible

Artikel Sebelum

Tragedi Balik Kampung

Artikel Lain