suria

Bible: Khalid Menghadap Sultan Selangor Semula Esok

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis untuk mendapatkan keputusan akhir berhubung status Bible dalam versi Bahasa Melayu milik Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Khalid berkata, beliau telah menghadap Sultan Sharafuddin pada Rabu dan diarahkan untuk mendapatkan maklum balas daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Saya telah bertemu Tan Sri Gani dan akan menghadap Tuanku semula pada Khamis," kata Khalid.

Khalid berkata, beliau telah berjanji akan menyelesaikan perkara itu Isnin depan dan akan membuat pengumuman mengenai status tersebut kemudian.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas beberapa salinan Bible pada 5 Januari lalu kerana terdapat penggunaan Kalimah Allah.  

Gani memutuskan tiada pendakwaan dibuat terhadap kes tersebut dan mendapati Bible itu tidak membawa ancaman kepada keselamatan negara.

Namun, Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) enggan memulangkan Bible tersebut kepada BSM.

Artikel Lain