suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akta Hasutan: Presiden Isma Akan Didakwa Esok

Abdullah Zaik Abdul Rahman.
PETALING JAYA: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman akan didakwa kerana menghasut di Mahkamah Sesyen Kajang, pagi Khamis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web Isma, Abdullah Zaik berkata, beliau menerima waran polis dan akan hadir di mahkamah pada Khamis.

Beliau akan didakwa dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan diwakili peguam Haezreena Begum Abdul Hamid.

Dalam kenyataan bertarikh 6 Mei lalu, Abdullah Zaik berkata orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai 'penceroboh'.

Banyak laporan polis dibuat ke atas Abdullah Zaik berhubung kenyataannya.

Pengerusi Biro Perundangan Pemuda MCA, Choo Wei Sern membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sehari selepas kenyataan tersebut dikeluarkan.

"Kenyataan seperti itu boleh mencetuskan ketegangan kaum dan menjejaskan keamanan serta keharmonian di negara ini," kata Wei Sern.


Artikel Lain