suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Parah Kemalangan Empat Kenderaan Di Jambatan Pulau Pinang

Gambar Hiasan. Kemalangan di Jambatan Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Dua parah dalam kemalangan melibatkan dua kereta dan dua motosikal di Kilometer 7.01 Jambatan Pulau Pinang menghala ke arah pusat bandar pada malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, kedua-dua mangsa adalah penunggang motosikal dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.

"Mangsa kemalangan telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. Kesemua kenderaan terlibat hanya dapat dialih sepenuhnya pada pukul 10.20 malam ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta jenis Mini Cooper dan Toyota Camry tidak mengalami kecederaan serius.

Kemalangan pukul 8.50 malam itu bermula apabila Mini Cooper yang dipandu lelaki berumur 18 tahun bersama dua penumpang dari arah Seberang Perai hilang kawalan sehingga merempuh tembok dan terbabas ke laluan bertentangan.

Kereta itu kemudiannya bertembung pula dengan Toyota Camry yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an.

Pemandu Toyota Camry yang tidak sempat mengelak Mini Cooper itu kemudiannya terlanggar dua penunggang motosikal berkenaan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan luar biasa di kedua-dua arah hampir 10 kilometer.

Tinjauan mendapati sekurang-sekurangnya enam kenderaan pelbagai jenis diletakkan di bahu jambatan kerana rosak turut menjadi penyebab trafik bergerak perlahan sehingga pukul 11 malam ini.


kemalangan, parah, Mini Copper

Artikel Lain