suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buru Suspek Kes Tembak Di Sungai Buloh

PETALING JAYA: Pihak polis kini memburu seorang bekas tahanan Ordinan Darurat, Rajthevan Rajamanikam yang melarikan diri selepas menembak mati seorang lelaki di sebuah kuil di Kuang Sabtu lalu.

Rajthevan,41, dipercayai telah meninggalkan Selangor selepas kejadian itu.

"Kami percaya dia telah meninggalkan kawasan Lembah Klang bagi mengelak dirinya ditangkap," jelas Ketua Polis Daerah (OCPD) Sungai Buluh Superintenden (Supt) Junaidi Bujang.

Junaidi menggesa kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek ini tampil menghubungi pihak polis.

Beliau berkata, Rajthevan yang digelar "Thundercat" sebagai gangster pernah ditahan di Penjara Simpang Renggam beberapa kali.

Adik mangsa berumur 14 tahun yang dilaporkan pernah bercinta dengan suspek ini turut dipanggil untuk membantu siasatan. 

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau terus ke balai polis yang terdekat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain